Tuesday, August 25, 2009

IMPORTANT/URGENT ANNOUNCEMENT

LAST UPDATED ON 01 JULY 2011

2 comments:

  1. PENGISIAN BORANG A - SEMUA PESERTA PJJ-KPM-OUM (GURU)

    Tuan/Puan,

    MAJLIS GRADUASI OUM

    Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

    2. Bahagian Tajaan Pendidilcan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    mengucapkan tahniah kepada semua peserta Program Pensiswazahan PJJ KPM-OUM yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Bahagian ini ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara-perkara berikut :

    2.1 Kewajipan Mengisi Borang A
    Semua peserta program PJJ KPM-OUM yang bakal menamatkan pengajian pada 14 November 2009 diwajibkan untuk mengisi Borang A (http://www.moe.gov.my/ssb/borang/borang_a.pdf) yang boleh dimuat turun di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my. Borang A yang telah lengkap diisi mesti dikembalikan hendaklah dihantar bersama sesalinan transkrip dan sijil hendaklah dihantar ke Bahagian Tajaan Pendidikan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh majlis draduasi.

    2.2 Peserta yang layak mendapat pengurangan 75% daripada jumlah pinjaman pelajaran.
    a) Menamatkan pengajian PJJK PM-OUM dengan mendapat PNGK 2.15 dan ke
    atas sahaja:
    b) Menghabiskan/menamatkan pengaijan mengikut tempoh yang ditetapkan
    c) Tidak pernah buat penangguhan/pelanjutan/pertukaran kursus
    d) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh universiti/kementerian,
    e) Diperakukan oleh Jawatankuasa Pinjaman Pelajaran, KPM.

    3. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil perhatian dan tindakan berhubung dengan perkara-perkara tersebut bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Bahagian ini seperti berikut:

    Encik Azlan Bin Ibrahim
    Tel: 03-88847050
    Emel: azlan.ibrahim@moe.gov.my

    Pn Norahizan Bt Abdul Rahim (Pembayaran Pinjaman Pelajaran)
    Tel: 03-88847550
    Emel: norahizan.rahim@moe.gov.my

    Cik Syahrul Husna Mohd Shariff
    (Rekod & Kelulusan)
    Tel: 03-88847121
    Emel: syahrulhusna@moe.gov.my

    Puan Noliza lsmail
    (Perjanjian Pinjaman)
    Tel: 03-88847051
    Emel: noliza.ismail@moe.gov.my

    Sekian, terima kasih.


    Saya yang menurut perintah

    SHAHRIMAN BIN AB. KADIR
    Bahagian Tajaan Pendidikan
    b.p. Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelajaran Malaysia

    ReplyDelete
  2. PENDAFTARAN ONLINE SEMESTER SEPTEMBER 2011 PELAJAR SENIOR

    Pendaftaran online kursus-kursus Semester September 2011 akan mula dibuka pada 6.07.2011 sehingga 19.07.2011. Para pelajar digalakkan mendaftar pada tarikh ini untuk tujuan tempahan awal modul dan akan menerima modul mengikut tarikh “first collection”.

    Bagaimanapun, sekiranya anda tidak dapat mendaftar pada tarikh ini, sistem pendaftaran online akan dibuka semula pada 25.8.2011 sehingga 11.9.2011. Pelajar yang mendaftar pada tempoh ini dianggap mendaftar lewat dan akan menerima modul mengikut tarikh “second collection”.

    Zon Sabah akan bermula pada 9 - 12 Julai 2011 dan 15 - 19 Julai 2011

    Bagi penerangan lanjut, sila login myVLE dan klik Registry Announcement.

    ReplyDelete



OUM PPT SANDAKAN on Facebook